Ewon tegaskan komitmen tangani banjir, 3,293 KIR terima wang ihsan

PENAMPANG – Seramai 3,293 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir besar tahun lalu di daerah ini menerima bantuan wang ihsan selepas proses semakan dan pengesahan selesai dilaksanakan oleh Sekretariat Bencana.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, angka itu merupakan tambahan kepada 138 penerima yang telah menerima bantuan sama tahun lalu.

“Walaupun bantuan ini tidak dapat menampung sepenuhnya kerugian mangsa, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban. 

“Kita bersyukur ia akhirnya sampai kepada rakyat yang memerlukan,” katanya semasa Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan di sini, pada Rabu.

Ewon berkata komitmen kerajaan dalam memperkukuh pengurusan bencana di Penampang, antaranya dengan mewartakan 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Selain itu, katanya, sistem amaran banjir turut dipertingkat menerusi pemasangan siren di enam kampung sepanjang Sungai Moyog iaitu Kampung Kedundung, Nambazan, Penampang Proper, Putaton, Kelopis dan Ulu Sugut.

Mengulas dakwaan kelewatan penyaluran bantuan, Ewon menafikan sebarang unsur kelengahan disengajakan dan menjelaskan bahawa proses verifikasi data memerlukan ketelitian bagi menjamin ketelusan agihan.

“Bagi saya, yang lebih penting ialah tindakan selepas banjir. Kita perlu pastikan projek tambatan banjir yang sedang berjalan dapat diteruskan dengan lancar,” katanya.

Menurutnya, antara cabaran pelaksanaan projek termasuk pemindahan utiliti seperti kabel bawah tanah dan paip Jabatan Air, selain isu pemilikan tanah di sepanjang tebing sungai yang menjejaskan kerja-kerja pendalaman dan pembesaran parit.

Ewon turut berkata bahawa beliau terus memainkan peranan aktif dalam menyelaras isu-isu banjir, termasuk ketika menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16