UMNO Sabah tidak perlukan pensyarah politik, Bung bidas pemimpin PBS

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas kenyataan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Arthur Sen yang didakwa cuba mencabar dan memperlekeh autonomi UMNO Sabah dalam isu kerjasama pilihan raya.

Jelasnya, kenyataan Arthur disifatkan sebagai tidak diperlukan, tidak relevan dan tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada proses politik matang yang sedang UMNO-BN usahakan di Sabah.

“UMNO-BN Sabah berautonomi, ya, tetapi kita juga matang. Kita faham makna perpaduan, bukan sekadar di peringkat persekutuan tetapi juga di negeri.

“Kita tidak gelojoh mengumumkan sesuatu tanpa strategi. Kita tidak terikut-ikut rentak panik pihak lawan yang baru semalam bertengkar, hari ini bergambar bersama, esok kembali saling menikam,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menyindir bahawa Arthur seorang pemimpin yang kurang dikenali tetapi cuba bertindak seperti pensyarah strategi kepada UMNO.

“Ini bukan sahaja kelakar, tetapi menunjukkan satu lagi simptom penyakit politik Sabah iaitu parti kecil suka menumpang tapi mahu mengarah,” katanya.

Tambah Bung, UMNO Sabah tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak parti yang dianggap tidak bermaruah, tidak ikhlas dan pernah mengkhianati rakan seperjuangan sebelum ini.

“UMNO-BN tahu apa yang perlu dibuat. Kami tidak perlu mana-mana pihak, termasuk PBS yang sedang ‘menyewa ruang’ dalam GRS, untuk memberi cabaran atau memberi nasihat tidak diminta.

“Kami tahu bila untuk bertindak, dengan siapa perlu bekerjasama dan bila masanya untuk berdiri sendiri.

“Sejak awal, pendirian kami konsisten kami tidak akan bekerjasama dengan parti yang tidak bermaruah, tidak ikhlas dan punya sejarah mengkhianati rakan seperjuangan.

“UMNO Sabah sudah cukup pengalaman ditikam dari belakang dan kali ini, kami tidak akan berpaling lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata UMNO-BN Sabah sedang giat bersiap sedia menghadapi pilihan raya dengan strategi tersusun di peringkat akar umbi bukan persepsi di media sosial.

“Arthur Sen boleh terus bercakap di Facebook. Kami di UMNO-BN bergerak di lapangan. Kami membina jentera, kami menyiapkan calon, kami menyiapkan naratif bukan sekadar bermain persepsi murahan di media sosial. Kami tidak ‘merajuk’. Kami tidak ‘menggertak’. Kami sedang bersedia,” katanya.

Bung berkata, Sabah di bawah GRS gagal menyelesaikan isu asas seperti air bersih elektrik jalan raya dan ekonomi rakyat malah pelaburan semakin menjauh dan anak muda berhijrah.

“GRS bukan kerajaan perpaduan mereka kerajaan panik. Mereka tahu gelombang rakyat sedang menuju. Maka mereka mula mencari perlindungan dalam gabungan baharu, menjual prinsip dan maruah untuk sekadar terus berkuasa.

“Kami di UMNO-BN Sabah akan bergerak dengan kekuatan sendiri, kerana kami percaya kepada mandat rakyat,” katanya.

Katanya lagi, Arthur sepatutnya menilai kekuatan kerusi sendiri sebelum menilai kekuatan UMNO

“Jangan sampai suara paling kecil dalam gabungan jadi paling lantang, walhal paling lemah bila undi rakyat tiba,” ujarnya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia