Maritim Malaysia pintas bot cuba seludup 1 tan daun ketum

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) berjaya memintas cubaan menyeludup keluar kira-kira 1 tan daun ketum bernilai RM50,000 di perairan negeri itu semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, cubaan tersebut berjaya dipatahkan hasil maklumat risikan dan tindakan pantas pasukan operasi dekat Kuala Sanglang di sini.

“Kejayaan operasi kali ini adalah hasil maklumat risikan, Unit Risikan Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) dan bot Perkasa 1227 yang mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang disyaki dikendalikan dua orang suspek.

“Bot itu dikesan sedang bergerak keluar dari Kuala Sanglang menuju ke arah sempadan Thailand dalam keadaan gelap dan mencurigakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua suspek bertindak meloloskan diri melalui jalan darat selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Katanya, suspek meninggalkan bot di jeti haram berhampiran serta ratusan bungkusan plastik hitam di dalam bot tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 150 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum ditemukan di dalam bot tersebut.

“Setiap bungkusan dianggarkan seberat antara tujuh hingga 10kg dengan jumlah keseluruhan kira-kira 1 tan dan nilai anggaran RM50,000,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Perikanan 1985 bagi kesalahan berkaitan penyeludupan ketum.

Mohd. Hashim turut menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan di perairan negeri ini dalam usaha membantu pihak berkuasa membanteras aktiviti terlarang itu.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16