Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putra, hari ini.

Erdogan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) diketuai Mejar Khairul Fakhzan.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; anggota Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Erdogan kemudiannya menandatangani buku pelawat sebelum meneruskan pertemuan empat mata dengan Anwar.

Lawatan Erdogan adalah atas jemputan Anwar, bagi mengeratkan hubungan sedia kukuh antara kedua-dua negara.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Turkiye adalah RM24.13 bilion (AS$5.28 bilion) pada 2024, merekodkan peningkatan 18.7 peratus berbanding tahun 2023.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah