Tarikh tengok anak bulan Ramadan ditetapkan 28 Februari

PUTRAJAYA – Tanggal 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan tarikh permulaan puasa umat Islam di negara ini.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim berkata, tarikh permulaan puasa dijangka 1 atau 2 Mac, bergantung kepada penampakan anak bulan berkenaan.

“Di Pahang, pencerapan anak bulan akan dilakukan di tiga tempat iaitu Menara 188 Kuantan, Nenasi dan Cameron Highlands.

“Bagaimanapun, hanya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja layak untuk mengumumkan tarikh sebenar permulaan puasa,” katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata, penetapan tarikh berpuasa di negara ini menggunakan kaedah berdasarkan rukyah dan hisab, namun memerlukan perkenan oleh Majlis Raja-Raja (MRR).

Setiausaha Agung PUM, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, jika anak bulan tidak kelihatan, tarikh permulaan puasa boleh ditentukan berdasarkan hisab.

“Jika hisab menunjukkan kemungkinan penampakan anak bulan melebihi tahap darjah penampakan sepatutnya, ia boleh diputuskan untuk berpuasa.

“Sekiranya hisab tidak memungkinkan penampakan anak bulan, boleh berpuasa pada hari berikutnya.

“Data rukyah atau pencerapan anak bulan akan dibincang dan dipersembah untuk persetujuan MRR.

“Ia tetap memerlukan perkenan MRR dan kita menggunakan kaedah ini sejak sekian lama,” katanya sambil menjelaskan proses rukyah perlu dihormati kerana dilakukan oleh ahli falak di bawah Jabatan Mufti Negeri-Negeri.

Sementara itu, mengikut kiraan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) seperti mana diterbitkan di dalam Almanak Falak Syarie Malaysia , tarikh melihat anak bulan Ramadan 1446H adalah pada 28 Februari ini manakala 1 Ramadan dijangka bermula pada 2 Mac.

Related Posts

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untukKementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatan khusus sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah, susulan kes kemalangan yang masih berlaku di sekolah dari semasa ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

PMX lawat Pulau Banggi esok

  • By Ynom
  • May 8, 2026
PMX lawat Pulau Banggi esok

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI