Entiti pendidikan bukan berasaskan keuntungan tidak dikenakan cukai

PUTRAJAYA – Tindakan menghapuskan tunggakan cukai dan denda Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) berjumlah RM83 juta kepada dibuat kerana dasar kerajaan tidak mengenakan cukai bagi entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun kelewatan kelulusan pengecualian cukai dibuat kerana universiti itu masih berada di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang belum dipisahkan strukturnya antara urusan syarikat perniagaan komersial dan pendidikan.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya meminta Yayasan TAR memisahkan struktur operasinya antara urusan syarikat perniagaan komersial dan pendidikan.

“Soal pengecualian cukai bagi UTAR iaitu universiti Cina, jadi apa dasar kita? Semua usaha untuk pendidikan yang bukan berasaskan keuntungan kita kecualikan (cukai).

“Kalau untuk bangunkan fakulti, untuk bagi pelajar miskin belajar, untuk kecualikan (fi) tuisyen, kita kecualikan cukai.

“Bagi saya tak ada masalah, cuma kita umumkan kelulusan itu lewat berikutan Yayasan UTAR belum dipecahkan.

“Namun baru-baru ini, mereka beritahu beri tempoh setahun, mereka akan pecahkan, namun sementara itu mereka minta pengecualian (cukai) bagi semua kelulusan untuk pendidikan anak miskin,” katanya berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM), di Petaling Jaya, hari ini.

Sebelum ini, berdasarkan laporan portal, Anwar dilaporkan memutuskan untuk melepaskan UTAR daripada pertikaian cukai dan dendanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri menyatakan UTAR sendiri tidak pernah diberikan status pengecualian cukai, tidak seperti Yayasan Pendidikan UTAR, yang menerima pengecualian mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 pada 1 Julai 2003.

Perdana Menteri berkata, dalam aspek memberikan bantuan untuk pelajar miskin, kerajaan tidak mengambil kira soal bangsa.

“Apabila sebut pendidikan untuk anak miskin, tidak kira anak Melayu, Cina atau India,” katanya.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap