Elak kebergantungan AI, asah pemikiran sendiri – Mustapha

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan pelajar universiti agar tidak terlalu bergantung kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menyiapkan tugasan akademik tanpa menggunakan pemikiran dan kefahaman sendiri.



Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, walaupun AI memberi kemudahan dalam proses pembelajaran pelajar mesti bijak menggunakan serta tidak hanya tampal dan salin tanpa memahami.


“Teknologi memudahkan tetapi jangan sampai merencat kaedah pemikiran kita.

Walaupun teknologi seperti ChatGPT tetapi mereka sebenarnya ada kaedah untuk menggunakan pemikiran mereka untuk menganalisis maklumat-maklumat tersebut bukan hanya ‘copy paste’.

“Jadi ini adalah peranan mahasiswa dan pensyarah untuk memastikan bahawa artikulasi berfikir itu berlaku kalau tidak ia hanya sekadar ‘copy paste’.

“Kita luluskan tugasan tersebut bagi markah sebenarnya tidak berlaku proses menggunakan kaedah berfikir dengan baik,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Jom Masuk U 2025 (JMU) Zon Dua Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Sabtu.

Tambah Mustapha, pensyarah-pensyarah ada kaedah yang tertentu untuk menilai dengan bijaksana tugasan yang dihantar oleh mahasiswa.


“Memang ada teknologi yang akan buat pemeriksaan sejauh mana pelajar tersebut menggunakan perisian ‘ChatGPT’ akan nyatakan berapa peratus yang dia menggunakan ChatGPT.

“Jadi dari segi itu pun kita boleh semak bahawa tugasan itu tulen ataupun 100 peratus hanya menggunakan perisian ChatGPT,” katanya.

Sehubungan dengan itu, jelasnya KPT sedang menyediakan pelan strategik pendidikan tinggi dalam memastikan agar program-program yang ada di univerisiti ini perlu selari dengan teknologi masa ini serta keperluan industri.

“Kita boleh lihat mengikut kajian daripada TalentCorp ada 260 jawatan yang bakal dijumutkan di negara ini.

“Jadi berkaitan dengan jawatan tersebut kita terpaksa ‘upskilling’ dan kena ubah sesuai dengan kursus-kursus,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai peratus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sabah yang hanya mencapai 12 peratus berbanding Sarawak yang sampai 33 peratus.

“Kita telah buat satu jawatankuasa khas di antara Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sains dan Teknologi serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Ketiga-tiga kementerian ini kita sudah buat beberapa mesyuarat dari segi peringkat menteri sekarang ini kita sudah ‘cascade down’ kepada jawatankuasa teknikal di peringkat Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan ke bawah,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global