DUN Mahkota: Amanah Johor tidak akan buat kenyataan lagi

JOHOR BAHRU – Amanah Johor tidak akan membuat sebarang kenyataan lagi berhubung desakan menuntut kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nanti.

Sebaliknya, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan dan dokongan kepada calon daripada Barisan Nasional (BN) sempena PRK Nenggiri.

Memetik laporan FMT, Aminolhuda yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor dilaporkan berkata, beliau menghormati permintaan presidennya, Mohamad Sabu yang mahu semua ahli Amanah untuk bertenang daripada mengeluarkan kenyataan.

“Kita akur dengan permintaan Mohamad Sabu yang minta supaya tidak buat sebarang kenyataan berkaitan kedudukan DUN Mahkota.

“Namun, kita akan fokus usaha memantapkan kerjasama komponen kerajaan dengan turun berkempen membantu BN pada PRK Nenggiri,” katanya.

Terdahulu, perselisihan membabitkan Amanah dan UMNO tercetus apabila Amanah Kluang mendesak diberi di DUN Mahkota, susulan kematian penyandang, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, parti penyandangnya iaitu UMNO menyifatkan Amanah seperti tergesa-gesa dan tidak menghormati sensitiviti orang ramai khususnya keluarga Allahyarham.

Related Posts

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

KANOWIT – Program Randau Komuniti 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Nyanau Anak Taboh, Danau Changgan, Ulu Bawan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

LIMBANG – Sebahagian struktur bumbung dan siling di Klinik Kesihatan Kuala Medalam mengalami kerosakan teruk selepas dilanda angin kencang dalam satu kejadian, baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini