Ekonomi Malaysia dijangka memuncak 2026, keadaan ‘ekonomi tersisih’ punca rakyat tidak rasai pertumbuhan

PUTRAJAYA – Lonjakan ekonomi 2024 pada 5.1 peratus bukan sahaja menunjukkan satu trend pertumbuhan ekonomi yang sihat malah ia turut menjadi penanda aras bahawa Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk mencapai tingkat optimal dalam pembangunan ekonomi.

Pakar Ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, Malaysia kini sedang mengalami trend peningkatan ekonomi dalam pusingan ekonomi dan dijangka akan terus memuncak sehingga 2026 sebelum mengalami gejala-gejala kegawatan semula selepas dua tahun.

Menurutnya, bagaimanapun ucapan syabas dan tahniah juga harus diberikan kepada Kerajaan Perpaduan kerana berjaya mengekalkan momentum ekonomi negara yang terus meningkat dan bertumbuh pesat saban tahun.

“Kerajaan mempunyai dua tahun lagi untuk memacu ekonomi negara sebelum mula mengalami gejala-gejala kegawatan semula. Kalau dilihat daripada aspek pertumbuhan suku tahun, pertumbuhan suku tahun yang lepas adalah jauh lebih baik di mana kita tumbuh pada 5.4 peratus berbanding dengan 5.0 peratus pada suku tahun yang keempat.

“Tetapi kalau dilihat dari bulan ke bulan, pada Oktober dan November 2024, berlaku penurunan pertumbuhan pada 4.7 peratus tetapi dipercayai kembali meningkat kepada 5.3 peratus pada Disember. Itu sebenarnya telah berlalu pada suku tahun yang keempat, ekonomi negara telah tumbuh dengan jauh lebih baik.

“Persoalannya sekarang ialah mengapakah kadar pertumbuhan yang baik ini tidak dirasakan oleh kebanyakan isi rumah di Malaysia. Jawapannya ialah kerana Malaysia sebenarnya sejak beberapa tahun yang lalu sedang mengalami apa yang dipanggil pertumbuhan ekonomi yang tersisih ataupun ‘disconnected’ ataupun ‘disjointed economic growth’,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Mengulas lanjut katanya, walaupun data-data makro menunjukkan keadaan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya telah tumbuh dengan baik, namun tidak dinafikan kemungkinan kesejahteraan isi rumah juga semakin merosot malah ia telah menjadi belenggu utama sejak sebelum merdeka lagi dan bukannya baru dirasai hari ini.

“Ini adalah gejala yang bukan hanya berlaku dalam dua tahun yang lepas tetapi sudah sebenarnya berlaku sejak awal kita sebelum merdeka lagi kerana kita terlalu bergantung kepada eksport serta pelaburan asing dan sebenarnya keadaan ini cuba diperbaiki dengan memperkenalkan dasar ekonomi baharu tahun 70-an dan hasilnya di akhir tahun 90-an kita melihat ada gejala-gejala yang menunjukkan perubahan tetapi tidak cukup untuk mengubah haluan.

“Jadi apabila berlaku krisis kewangan Asia tahun 1997 keadaannya semakin serius, apabila berlaku globalisasi dan perkembangan industri tahun 2000 keadaannya lebih serius dan kestabilan politik yang agak goyah pada tahun 2010 sehingga ke hari ini menyebabkan keadaan semakin teruk,” katanya.

Jelasnya, dilihat pada tahun 2023 dan seterusnya, rakyat mungkin merasakan keadaan semakin teruk termasuk ‘regional disparity’ atau ketidaksamaan di antara wilayah dan ‘inequality’ atau ketidaksamaan pendapatan, namun seluruh dunia sedang menghadapi kesan sama ketidaktentuan global akibat perang perdagangan antara kuasa besar dunia.

“Dilihat pada tahun 2023 dan seterusnya sehingga hari ini keadaan ini semakin teruk, berlaku apa yang dipanggil ‘regional disparity’, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak terus terkebelakang dan ‘inequality’ yang menyebabkan ‘Gini coefficient’ kita walaupun baik sedikit tetapi tidak cukup untuk mengubah haluan.

“Jadi sekarang, kita perlu, pertama mengenal pasti bahawa ini adalah satu gejala yang serius dan kerajaan perlu melakukan sesuatu yang segera dan berani untuk mengubah arus ini dengan memperkenalkan strategi jangka pendek, pertengahan dan panjang sekiranya kita benar-benar ingin mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Menurut penganalisis itu, antara langkah-langkah jangka pendek yang boleh diambil ialah dalam tempoh masa dua tahun, kerajaan perlu menstabilkan ekonomi negara melalui pemberian insentif atau stimulus fiskal seperti skim bantuan sara hidup yang lebih serius dan menyokong perniagaan makro kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia kerana 85 peratus kumpulan pekerja di Malaysia terdiri daripada sektor ini selain meningkatkan jumlah tenaga kerja dengan peluang pekerjaan baharu yang lebih kompetitif.

“Selain itu, ada keperluan juga untuk menilai semua penyelarasan subsidi ke atas makanan bagi memastikan setiap isi rumah mempunyai makanan di atas meja setiap hari. Kita perlu melihat subsidi perumahan, rumah yang benar-benar mampu milik. Hari ini definisi mampu milik lebih 500,000 misalnya adalah satu yang sangat dan jauh daripada realiti.

“Kita juga perlu mewujudkan jaringan keselamatan sosial dan ia perlu diteliti secara serius iaitu menubuhkan institusi jaringan keselamatan sosial dengan mewujudkan ‘endowment fund’ bagi memastikan kumpulan-kumpulan rentas ini akan sentiasa diambil kira malah mewujudkan satu mekanisme dalam ekonomi untuk menghalang kejutan luar yang mungkin berlaku berkait dengan rizab luaran kita dan juga mana kadar pertukaran dan lain-lain yang berkaitan juga perlu dilakukan,” kongsinya.

Sementara itu, dalam tempoh jangka pertengahan antara dua hingga lima tahun, kerajaan perlu mewujudkan sektor baharu seperti tenaga diperbarui, bioteknologi, fintech, teknologi hijau yang diperlukan untuk memacu pembangunan selanjutnya.

“Kita perlu menunjukkan transformasi digital untuk memastikan tenaga kerja kita, perniagaan mikro dan kecil dan lain-lain terlibat secara luas dalam transformasi digital, mengadaptasi kecerdasan buatan, robotik, ‘internet of things’ (perkara berkaitan internet) dan sebagainya selain mewujudkan satu ‘governance’ dan koalisi yang konsisten dengan langkah untuk membasmi rasuah dan mempertingkatkan perundangan.

“Kita juga perlu menggiatkan pertumbuhan ‘regional’ dengan pelaburan infrastruktur khususnya di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan mewujudkan zon khas di kawasan-kawasan yang agak terpencil, yang tidak mendapat pembangunan. Contohnya, seperti di Johor Bharu, sempadan dengan Singapura, boleh diikuti di sempadan Thailand melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis misalnya.

“Skim pertumbuhan atau pembangunan sumber manusia melalui latihan vokasional yang baharu, yang lebih menekankan kepada ekonomi digital dan pendidikan STEM, sains, teknologi, engineering (kejuruteraan) dan matematik yang terkini berasas kepada keperluan pasaran.

Tambahnya, bagi langkah angka panjang, dalam menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kita perlu mewujudkan ekosistem inovasi yang luas, mewujudkan daya saing global dan memberi penekanan kepada ekonomi hijau, ekonomi berasaskan kepada SDG ataupun pertumbuhan pembangunan mampan.

“Serta cuba mengurangkan ketidakseimbangan di antara daerah dan ‘region’ dan mewujudkan hubungan antara bandar dan desa dan menekankan kepada kebebasan perundangan, meningkatkan governan, secara khusus mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan. Itu antara beberapa cadangannya,” tambahnya.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI