Ekonomi digital bakal sumbang 25.5 peratus KDNK

PUTRAJAYA – Menteri Digital, Gobind Singh Deo yakin ekonomi digital akan mencapai atau melebihi unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang akhir 2025.

Beliau berkata, dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) telah menyumbang kepada prospek positif ekonomi negara, seterusnya menggalakkan aliran masuk dana pelaburan.

“Sehubungan itu, peralihan daripada agenda pusat hubungan, kepada pengalaman pelanggan menerusi pendigitalan dan inovasi sangat diperlukan.

“Industri (pusat hubungan) ini, anda semua, akan berperanan besar dalam meningkatkan ekonomi digital Malaysia,” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Gala dan Malam Anugerah Persatuan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM), malam tadi.

Gobind berkata, sehubungan itu Kementerian Digital, melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan terus membantu CCAM dan anggotanya meningkatkan agenda pengalaman pelanggan.

Menurutnya, kerajaan mempunyai beberapa inisiatif seperti inisiatif Malaysia Digital yang menawarkan insentif fiskal dan bukan fiskal kepada syarikat baharu dan sedia ada untuk mengembangkan operasi di Malaysia.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM