Selamat memilih warga N29 Mahkota

TENGAH malam tadi, tempoh 14 hari berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Mahkota, Kluang, Johor sudah berakhir.

Pagi ini, pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan keluar memilih wakil rakyat baharu yang akan membawa suara mereka.

Jika diikutkan dari senarai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 61,397 pengundi layak mengundi bagi maksud PRK kali ini.

SPR menyediakan 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran yang akan dibuka serentak bermula jam 8 pagi hingga jam 6 petang.

PRK Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

Syed Hussien akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, manakala Mohamad Haizan pula di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu.

Selasa lalu, pengundian awal bagi PRK Mahkota sudah selesai diadakan, melibatkan 4,437 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota tentera bersama pasangan serta polis.

Dan pada 15 September, SPR juga sudah mengeluarkan 607 kertas undi pos kepada pengundi berdaftar di situ.

Proses penjumlahan undi pula akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail lewat petang nanti dan keputusan dijangka boleh diumumkan seawal jam 9 malam.

Selamat bertugas kepada 1,126 petugas SPR dan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota polis yang membantu mempermudahkan urusan sepanjang tempoh – dari hari penamaan calon – hingga berkempen dan kemuncaknya hari ini, hari ‘besar’ untuk warga Mahkota menentu masa depan mereka.

Related Posts

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

ISU royalti petroleum kembali dipolemikkan seolah-olah wujud ketidakadilan besar terhadap negeri pengeluar seperti Terengganu. Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya bukanlah ‘berapa banyak negeri terima’, tetapi bagaimana sistem ini sebenarnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang

Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang