DUN Negeri Sembilan kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menerima usul mengutuk keras pembunuhan kejam ke atas Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Allahyarham Ismail Abdel Salam Ahmad Haniyeh.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin berkata, pembunuhan itu merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Seluruh rakyat di negara ini berpegang teguh kepada pendirian iaitu tiada alasan bagi membunuh mana-mana pemimpin Hamas yang dilihat sentiasa berusaha menuju proses pendamaian bagi memastikan rakyat Palestin mendapat kembali hak mereka di tanah air mereka.

“Rakyat negeri ini akan terus memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat serta bebas daripada kekejaman rejim Zionis Israel,” katanya dalam persidangan DUN Negeri Sembilan pada Isnin.

Kemudian, usul itu dikemukakan di bawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap DUN Negeri Sembilan 1960.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan ganas rejim Zionis Israel itu.

Menurutnya, pembunuhan kejam Ismail Haniyeh yang sepatutnya mendapat kecaman daripada semua entiti antarabangsa dilihat sunyi tanpa sebarang usaha mengheret pihak yang terlibat dengan jenayah terancang tersebut.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan