Meta mohon maaf padam ucapan takziah PM

KUALA LUMPUR – Meta Platforms Inc (Meta) hari ini memohon maaf kerana memadam hantaran ucapan takziah melalui akaun rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di platform Facebook dan Instagram berhubung pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Menurut jurucakap Meta, ia adalah ‘kesilapan operasi’ dengan hantaran terbabit sudah dimuat naik semula menggunakan label berita yang sahih.

Gergasi media sosial Amerika Syarikat (AS) menamakan gerakan Islam Palestin yang mentadbir Gaza, Hamas sebagai ‘organisasi berbahaya’ dan melarang kandungan berunsur positif berkaitan kumpulan itu.

Ia menggunakan gabungan pengesanan automatik dan semakan daripada kakitangan kawal selianya untuk mengalih keluar atau melabel visual grafik.

Pada 31 Julai lalu, Anwar menerusi akaun rasmi Facebook dan Instagramnya memuat naik rakaman video panggilan telefonnya dengan seorang pegawai Hamas untuk mengucapkan takziah atas kematian Haniyeh.

Anwar turut menyiarkan gambar pertemuan terakhirnya dengan Haniyeh di Qatar pada Mei, berserta ucapan takziah.

Kerajaan menyelar tindakan itu sebagai tidak adil, satu diskriminasi dan penindasan ke atas kebebasan bersuara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan wakil Meta semalam bagi mendapatkan penjelasan.

Dalam insiden sama pada Mei lalu, Meta memuat naik semula catatan Facebook Anwar berhubung pertemuannya dengan Haniyeh dengan mendakwa ia dipadam secara tidak sengaja.

Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan juga penyokong tegar perjuangan Palestin memberi amaran bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap Meta dan syarikat media sosial lain jika mereka menyekat kandungan pro-Palestin.

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang