Dua pelajar perempuan mengaku tidak bersalah cederakan, kurung rakan dalam tandas sekolah

SUNGAI PETANI – Dua pelajar perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung secara salah rakan mereka di tandas sekolah bulan lalu.

Pengakuan itu dibuat kedua-dua pelajar Tingkatan Satu di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri ketika pertuduhan dibacakan secara bersama.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang rakan sebaya pada kira-kira jam 6.40 petang di sebuah sekolah menengah di daerah ini pada 14 Julai lalu.

Oleh yang demikian, kedua-dua remaja itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan sengaja mengurung mangsa sama secara salah pada masa dan tarikh yang sama.

Akibat perbuatan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Nor, memohon jaminan sebanyak RM4,000 namun peguam kedua-dua remaja, N Nagaratnam meminta agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan mereka masih bersekolah selain bekerjasama baik dengan pihak polis serta ibu bapa sebagai penjamin.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin serta syarat tidak mengganggu mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu ditemui dikurung dalam tandas sekolah dalam keadaan tangan dan kaki diikat.

Kejadian disedari ibu mangsa yang membuat pencarian setelah anaknya tidak muncul di pagar sekolah selepas tamat waktu persekolahan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO