Kemalangan bongkar sindiket curi kabel

GERIK – Sebuah kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz di Kilometer 29, Jalan Gerik-Kupang, pada pagi Selasa, membawa kepada penemuan mengejutkan apabila polis menemui potongan kabel dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan curi kabel.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 8.28 pagi.

“Siasatan awal mendapati SUV tersebut terbabas sendiri sebelum melanggar tembok jalan lalu terbalik.

“Namun, tiada pemandu atau penumpang ditemui di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan menemukan beberapa kabel yang sudah dipotong serta peralatan dipercayai digunakan bagi mencuri kabel,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Abdul Samad, polis kini giat memburu individu yang dipercayai memandu dan menaiki kenderaan berkenaan selepas mereka gagal dikesan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kemalangan dan kecurian kabel itu bagi membantu siasatan.

“Pihak klinik dan hospital juga diminta segera memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang datang mendapatkan rawatan dengan kecederaan mencurigakan, kerana suspek dipercayai cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas