Dua MoU dimeterai, Malaysia-Timor Leste perkukuh kerjasama komunikasi dan media

MALAYSIA dan Timor-Leste memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang telekomunikasi dan media bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerjasama itu membuka ruang kepada kedua-dua negara untuk berkongsi pengetahuan, bertukar kepakaran serta meneroka peluang bagi mempertingkatkan sektor telekomunikasi demi manfaat rakyat masing-masing.

Majlis menandatangani dua memorandum persefahaman itu disempurnakan oleh Fahmi bersama Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, Miguel Marques Gonçalves Manetelu serta Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste, Expedito Loro Dias Ximenes.

“Sistem komunikasi yang boleh dipercayai merupakan tunjang kehidupan moden, menghubungkan komuniti, menyokong pendidikan, membuka peluang ekonomi dan mendekatkan masyarakat antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoU berkenaan di ibu negara, pada Sabtu.

MoU pertama ditandatangani antara Fahmi dan Miguel Marques Gonçalves Manetelu bagi kerjasama dalam bidang telekomunikasi, manakala MoU kedua mengenai pembangunan maklumat dan media ditandatangani antara Fahmi dan Expedito Loro Dias Ximenes.

Melalui dua MoU itu, Malaysia dan Timor-Leste bersetuju memperkukuh infrastruktur telekomunikasi, meningkatkan kesalinghubungan digital serta memperluas kerjasama dalam pertukaran maklumat, latihan profesional dan pembangunan kapasiti pengamal media.

Kerjasama tersebut sejajar dengan aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 yang bertemakan ‘Shaping a Shared Digital Future’, yang menekankan kepentingan memperkukuh ekosistem digital serantau demi manfaat bersama.

“Kedua-dua memorandum persefahaman (MoU) itu mencerminkan visi bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang komunikasi, media dan kesalinghubungan yang menjadi elemen penting dalam memperkukuh masyarakat serta mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste,” jelasnya.

Kedua-dua negara turut menegaskan komitmen untuk memperdalam hubungan dua hala serta memperkukuh jalinan rakyat dengan rakyat ke arah membina rantau Asia Tenggara yang lebih bersatu, berdaya saing dan berpandangan jauh.

Related Posts

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua pihak supaya menunggu sehingga selesai istiadat di Istana Negara esok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

AHLI Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan media Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’