Dua mangsa nahas dalam kemalangan di Jalan Layar-Pan Borneo

BETONG: Satu kemalangan maut dilaporkan berlaku sekitar 3:20 petang di Jalan Layar-Pan Borneo, berhampiran RH Panjang Maja, Betong pada 15 Ogos.

Kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu Nissan Navara yang dalam perjalanan dari Miri ke Sri Aman, dan Perodua Kancil yang dipercayai melakukan pusingan ‘P’ di simpang berdekatan lokasi kejadian.

Menurut kenyataan media rasmi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Abang Jamadilhir Abang Mostafa tiba di lokasi kejadian pada 3:36 petang iaitu kira-kira 16 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

“Mereka bertindak pantas dalam operasi menyelamat dan berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan.”

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Amieyra Madu, 16 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu, seorang lagi mangsa, Azian Mazuan Ahmad, 33 tahun, juga disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala dua mangsa lain, Henry Malang Ak Tedung, 76 tahun, dan Elmiera Nathssya, 10 tahun, mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Related Posts

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan