Dua kenderaan pengaman Malbatt diserang di Lebanon

PUTRAJAYA- Dua kenderaan milik pengaman Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) yang sedang dianjurkan dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) terlibat dalam satu insiden serangan orang awam di Lubnan, pada Rabu.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan menerusi satu kenyataan memaklumkan, kejadian serangan itu berlaku sekitar pukul 5.32 petang waktu Lubnan serta kesemua tiga orang pegawai dan tujuh anggota Lain-Lain Pangkat dilaporkan selamat.

Menurutnya, insiden itu melibatkan dua buah kenderaan Fitted For Radio (FFR) MALBATT 850-11 yang dinaiki oleh 10 orang pegawai dan anggota ketika dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah MALBATT 850-11 setelah selesai melaksanakan penugasan perlindungan pasukan di Kem Shama, Ibu Pejabat UNIFIL.

“Ketika melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre, telah berlaku kesesakan luar biasa. Ketika itu, ramai orang awam sedang mengawal lalu lintas yang mana terdapat banyak kenderaan ambulan dan bomba yang melalui dari kedua-dua arah.

“Secara tiba-tiba, sekumpulan orang awam bertindak agresif cuba memberhentikan kedua-dua buah kenderaan MALBATT. Hampir 30 orang awam kemudiannya membaling batu serta memancitkan kesemua tayar kenderaan MALBATT menggunakan senjata tajam,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, bagi mengelak kejadian yang lebih buruk, ketua pergerakan telah mengarahkan kedua-dua kenderaan berhenti di tepi jalan yang selamat dan kekal berada di dalam kenderaan bagi menanti bantuan.

Tambah kenyataan itu, Lebanon Armed Forces (LAF) telah tiba dilokasi dan berjaya mengawal keadaan serta turut membantu mengkoordinasikan loader bagi membawa balik kenderaan dan anggota MALBATT ke Kem Marakah.

“Kesemua anggota berserta kenderaan telah tiba di Kem Marakah dengan selamat pada pukul 7.39 petang waktu Lubnan, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota MALBATT terbabit malah hanya kedua-dua kenderaan sahaja mengalami beberapa kesan kerosakan.

“MALBATT 850-11 akan meneruskan rutin tugasan seperti mandat yang ditetapkan oleh UNIFIL dan semua pihak diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut yang boleh mencemarkan imej ATM khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya,” kata kenyataan itu lagi.

Related Posts

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta