Sabah lancar Pusat Kawalan Bencana pertama di Malaysia

KOTA KINABALU – Sabah menjadi negeri pertama membangunkan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) di Malaysia yang dibiayai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pusat bernilai RM750,000 yang dibangun hasil kerjasama bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan NADMA mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan.

“Terletak di Tingkat 4, Blok A Menara Kinabalu, SDCC akan berfungsi sebagai platform bersepadu bagi menyelaras tindakan agensi keselamatan dan penyelamat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta badan penyelidikan semasa berlakunya bencana,L.

“SDCC ini akan memastikan tindakan yang lebih pantas dan tersusun ketika berlakunya bencana,” katanya semasa menyempurnakan majlis perasmian SDCC di Menara Kinabalu, pada Rabu.

Jelas Hajiji, SDCC dilengkapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi terkini termasuk sistem persidangan video dan pangkalan data komprehensif untuk pengumpulan dan penganalisisan maklumat berkaitan bencana.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang