Dua gadis maut motosikal dirempuh ‘pengedar dadah’

KUANTAN – Dua gadis berusia 18 tahun maut selepas tercampak daripada motosikal dinaiki mereka yang dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki disyaki pengedar dadah di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail, dekat Temerloh, malam kelmarin.

Mangsa, Nur Alya Irdina Mohd Azam dari Taman Temerloh Jaya Indah dan rakannya, Siti Nur Syafiqah Mohd Arif, dari FELDA Bukit Damar, Lanchang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan serta kepala.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz ditunggang Nur Alya bersama Siti Nur Syafiqah, berhenti di lampu isyarat merah sebelum dirempuh dari belakang oleh kereta Perodua Bezza dipandu lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, lelaki berusia 38 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan dua peket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 50.85 gram dan heroin 0.85 gram di bahagian tempat duduk belakang,” katanya ketika dilapor Berita Harian.

Mazlan berkata, suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat, manakala kenderaan terbabit dirujuk ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan lanjut.

“Polis sedang mengesan saksi awam yang melihat kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri