Agenda reformasi bukan perlumbaan atau retorik

PUTRAJAYA – Agenda reformasi diketengahkan Kerajaan MADANI bukan perlumbaan mahupun retorik semata-mata, sebaliknya berstruktur dan melalui proses terancang, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, ini dibuktikan menerusi pelbagai pindaan serta penggubalan akta yang dibentangkan di Dewan Rakyat, sejak 2023.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai agenda reformasi tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa, selain menegaskan perubahan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti.

Selain itu, katanya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam tempoh sama sudah membentangkan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan menerajui lebih 30 pindaan akta lain.

“Ini bukti kukuh yang agenda reformasi MADANI benar-benar berlaku dan terus maju.

“Reformasi sistemik tidak berlaku sekelip mata, ia ada sebabnya.

“Sebagai pembuat dasar, tanggungjawab kita adalah memastikan setiap reformasi bukan sahaja bersifat bercita-cita tinggi, tetapi boleh dilaksanakan. Jangan mendahului sesuatu sebelum waktunya,” katanya menerusi laman sosial X.

Kelmarin Anwar menegaskan pelaksanaan reformasi perlu berlandaskan realiti politik tanah air dan memerlukan kerjasama semua parti dalam kerajaan.

Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, Kerajaan MADANI sudah meletakkan asas reformasi pada tahap yang belum pernah dicapai pentadbiran terdahulu.

“Hasilnya jelas dan terbukti. #MADANIBekerja.Sebarang maklumat lanjut mengenai agenda reformasi dan pelaksanaannya, Peta Reformasi Institusi (PetaRI) di bawah BHEUU JPM sentiasa memantau kemajuannya dan akan dikemas kini secara berkala.

“Ia boleh diakses melalui pautan https://petari.bheuu.gov.my,” katanya.

Related Posts

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

KENYATAAN terbaharu Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim bahawa Malaysia tidak sepatutnya menaikkan harga minyak kerana negara mempunyai pengeluaran sendiri dilihat menarik, namun hakikat sebenar industri minyak global jauh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta