Doktor kerugian lebih RM100,000 ditipu ‘scammer’

MUAR – Seorang pegawai perubatan berputih mata apabila kerugian sehingga lebih RM113,000 selepas diperdaya sindiket penipuan menawarkan kerja sambilan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa lelaki berusia 27 tahun itu telah menemui iklan tawaran kerja berkenaan di sebuah aplikasi media sosial.

“Mangsa kemudian menghubungi sindiket berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pekerjaan tersebut. Kata mangsa, dia telah diarahkan membuat tinjauan secara atas talian mengenai kecekapan tenaga.

“Mangsa mendakwa akan menerima komisyen sebanyak 20 peratus setiap kali selesai membuat tinjauan.

“Tertarik dengan pulangan komisyen serta percaya dengan tawaran kerja sambilan itu, mangsa kemudian mendaftar sebagai ejen menerusi laman sesawang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Justeru, bagi mendapatkan tinjauan ditawarkan, mangsa melakukan 14 transaksi ke dalam lima akaun berbeza berjumlah RM113,086.

Beliau berkata, melalui paparan laman sesawang yang dimuat turun menunjukkan keuntungan diraih mangsa telah mencecah RM130,000, namun mangsa diminta membuat bayaran tambahan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan terbabit.

“Mangsa enggan berbuat demikian kerana mula berasa ditipu.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar semalam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

KANGAR – Kerajaan negeri memaklumkan perjanjian projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui syarikat konsesi telah ditandatangani semasa pentadbiran Menteri Besar terdahulu, Mohd. Shukri Ramli. Menteri Besar, Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat