Doa hancur sesama Muslim, samakan manusia dengan binatang bukan ajaran Islam

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pihak, termasuk ahli politik, yang sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Malah, katanya, terdapat pihak yang tergamak menyamakan Anwar dengan haiwan dan pemimpin asing lain walhal tindakan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa rakyat di tengah-tengah konflik dua negara.

Akmal menegaskan, perbezaan pandangan politik tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mengabaikan adab dan nilai Islam dalam menyuarakan pendapat atau menegur pihak lawan.

“Ada yang membaca doa Qunut Nazilah untuk kehancuran beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) walaupun sesama agama.

“Ada yang menyamakan beliau dengan monyet dan pemimpin negara asing lain seperti binatang sedangkan perbincangan itu adalah untuk menyelamatkan ribuan nyawa rakyat akibat peperangan antara dua negara.

“Berbeza pendapat dalam politik itu perkara biasa, marah kepada lawan politik itu perkara biasa tetapi Islam tidak ajar untuk mendoakan kehancuran sesama Islam dan Islam tidak mengajar kita untuk menghina orang lain,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memuat naik hantaran berbaur ejekan berserta imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan monyet bertindak sebagai hakim manakala kambing dan biri-biri sedang berebutkan pisang.

“Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang,” kata pemimpin Pas itu menerusi hantaran di Facebook semalam.

Ahmad Fadhli bagaimanapun bertindak memadam hantaran yang menyebut tentang monyet, kambing dan biri-biri selepas Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat.

Dalam pada itu, Dr Akmal berkatam Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghina orang lain apatah lagi sesama Muslim sebaliknya mendidik untuk menyampaikan teguran secara berhemah.

Menurut beliau, walaupun ada yang tidak sehaluan dalam fahaman politik, ia bukan alasan untuk mengabaikan adab dan ajaran Islam dalam berbeza pandangan.

“Jika ada yang beritahu, dulu geng sebelah sini buat perkara yang sama juga, maka jawapan saya, jika orang sebelum ini makan najis, adakah kita juga mahu buat perkara yang sama?

“Sudah tentu tidak bukan, sebab kita tahu itu perkara yang kotor,” katanya.

Menurut beliau, kenyataannya bukan bertujuan membodek sebaliknya lahir daripada hati yang ikhlas kerana menyedari kepentingan menjaga imej Islam.

“Tidak berniat langsung untuk menjadi penjilat apatah lagi walanon malah ada juga perkara yang saya tidak bersetuju dengan beliau, tetapi perkara yang tidak betul harus kita tegur dan perkara yang betul harus kita berikan pujian,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama,Dr Akmal turut mengingatkan ahli politik agar berhenti mengamalkan politik sempit yang merendahkan akal fikiran sebaliknya membawa politik matang yang membina.

“Kalau kita tidak mampu buat kebaikan, jangan halang orang lain untuk buat kebaikan. Jika orang politik masih lagi dengan gaya politik yang sempit, jangan marah rakyat jika mereka benci kepada orang politik!

“Saya bukan walanon atau pun walaun dan tidak berminat nak jadi seperti itu, saya hanya menyatakan apa yang ada di dalam hati kerana jangan kita menjadi fitnah kepada Islam,” katanya.

Pada Isnin, Anwar bertindak sebagai Pengerusi ASEAN dan saksi kepada perbincangan bersejarah melibatkan Thailand dan Kemboja yang sedang berperang.

Menerusi mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat.

Ia merupakan pertemuan bersemuka yang pertama melibatkan kedua-dua pemimpin negara majoriti penganut Buddha itu sejak konflik tercetus pada 24 Julai lalu.

Mesyuarat berlangsung hampir dua jam setengah itu turut dihadiri Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar