Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen 5.25 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM514.20 juta, bagi tahun kewangan 2024 (TK2024).

Pengagihan dividen berkenaan menyaksikan peningkatan ketimbang RM485.08 juta yang dibayar pada tahun 2023, menjadikannya jumlah agihan dividen tertinggi LTAT dalam tempoh tujuh tahun.

Agihan tersebut memberi manfaat kepada 125,014 pencarum, yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, ia juga menyaksikan tahun ketiga berturut-turut LTAT mengekalkan dividen pada kadar lima peratus mencerminkan pemulihan kukuh, prestasi mampan dan kestabilan dana.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, kejayaan transformasi LTAT tahun ini membolehkan kadar dividen yang mampan dan lebih kompetitif, mencerminkan kestabilan serta keupayaan institusi itu untuk terus berkembang demi kesejahteraan pencarum.

Menurutnya, pengumuman dividen tersebut turut menjadi satu simbol kepercayaan dan keyakinan Kementerian Pertahanan terhadap hala tuju LTAT.

“Prestasi kewangan LTAT bagi tahun 2024 terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Ia adalah bukti bahawa setiap usaha yang telah dilaksanakan oleh LTAT memberikan impak nyata kepada para pencarum,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Dividen LTAT 2024 di ibu negara, hari ini.

Mohamed Khaled menjelaskan, LTAT mencapai pencapaian luar biasa dengan merekodkan pendapatan belum diaudit melebihi RM752 juta dan keuntungan bersih melebihi RM587 juta bagi TK2024.

Lebih membanggakan katanya, rizab LTAT terus mengukuh kepada RM1 bilion menjelang akhir tahun 2024, hasil daripada pertumbuhan keuntungan tahunan yang kukuh serta usaha berterusan dalam mengurangkan kerugian daripada portfolio pelaburan legasi.

“Angka-angka ini bukan sahaja mengatasi rekod tahun sebelumnya, tetapi juga membuktikan keupayaan LTAT untuk terus berkembang teguh dan meningkatkan semula kedudukan kewangannya,” katanya.

Sementara itu Mohamed Khaled berkata, bagi memperkasakan portfolio pelaburan, LTAT telah mengambil langkah strategik dengan memperkenalkan pelan penambahbaikan hala tuju Kumpulan Boustead, iaitu Project Earth.

Jelasnya, pelan tersebut dirangka secara holistik dan komprehensif dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan untuk memastikan keberkesanannya.

“Saya yakin melalui ikhtiar ini, syarikat pelaburan LTAT khususnya Kumpulan Boustead akan dapat meningkatkan kecekapan serta daya saing syarikat dalam industri masing-masing.

“Ini sekali gus membolehkan LTAT memperoleh pulangan yang kompetitif dan mampan dari syarikat-syarikat pelaburan tersebut,” katanya.

Related Posts

KDNK suku keempat lonjak 6.3 peratus, bukti ketahanan permintaan domestik – PM

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat tahun lalu, sekali gus menjadi yang tertinggi dalam tempoh tiga tahun dan melepasi anggaran awal. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia catat lonjakan kukuh pada suku keempat 2025

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, sekali gus mengatasi unjuran awal yang diumumkan sebelum ini. Jurucakap Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026