Dijumpai di Batang Kali, Albertine Leo dalam keadaan selamat

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri Sabtu lalu, ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata mangsa ditemukan di Batang Kali, Selangor dan berada dalam keadaan selamat.

Menurut beliau, mangsa ditemui dengan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun sekitar jam 4.45 pagi Selasa.

“Mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini berada di hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

“Tiada kecederaan fizikal pada mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, M. Kumar berkata motif penculikan masih dalam siasatan, selain tiada sebarang wang pampasan dituntut.

Ketika ini, lima individu tempatan telah ditahan, di mana empat daripadanya telah direman selama empat hari, manakala seorang lagi yang baru ditahan pagi tadi akan direman petang ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pada Sabtu lalu, mangsa disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Ketika hilang, kanak-kanak itu memakai baju t-shirt putih bergambar ‘Mickey Mouse’ dan berseluar pendek.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia