91 murid SK Pulau Gaya keracunan makanan

PUTRAJAYA – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengesahkan 91 murid sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah mengalami keracunan makanan.

Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata, murid terbabit kini diberi rawatan di beberapa hospital dan klinik sekitar ibu negeri, seperti dan klinik seperti Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas; Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Klinik Kesihatan Luyang.

Menurutnya, insiden itu mula dikesan pada kira-kira jam 12 tengah hari semalam apabila guru mendapati ada murid mengalami muntah-muntah dan beberapa simptom lain.

“Pihak sekolah melalui guru-guru kemudian mendapatkan maklumat lanjut sekiranya terdapat murid lain yang terlibat dalam keracunan makanan.

“Maklumat awal yang diperoleh terdapat lebih daripada 20 orang murid yang terlibat dalam kes keracunan makanan di sekolah itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Setakat ini, katanya punca keracunan makanan masih disiasat dan belum dapat diputuskan sama ada berpunca daripada makanan di kantin sekolah atau RMT.

“Susulan kejadian itu, pihak sekolah memberhentikan pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta-merta bagi sesi petang,”katanya.

Selain mengambil tindakan pantas membawa murid terbabit mendapatkan rawatan, beliau menegaskan pihak sekolah turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar membawa anak jagaan masing-masing ke klinik dengan segera sekiranya terdapat simptom keracunan makanan.

“Berdasarkan laporan dikumpul Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK), seramai 55 murid dirawat di HWKKS, diikuti seramai 25 murid di HQE, Klinik Kesihatan Luyang (lapan murid), Klinik UTC Kota Kinabalu (seorang) dan dua lagi di Jeti SAFMA Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Raisin memaklumkan,
status kesihatan murid ketika dirawat ialah pada tahap dua dan dalam pemantauan pihak hospital, manakala tiada kes tahap kritikal.

Menurut beliau, seramai 90 peratus murid dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan 10 peratus lagi telah dibenarkan balik ke rumah.

“Pihak PPDKK telah membuat janji temu dengan pasukan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menjalankan siasatan dan mengambil sampel di sekolah pada hari ini.

“Semalam, pihak PPDKK telah mengarahkan supaya perkhidmatan kantin dan RMT diberhentikan serta merta demi keselamatan murid buat sementara waktu.

“Kita sentiasa memantau perkembangan kes dari masa ke masa dan meninjau operasi rawatan mangsa di Hospital Likas,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa klip video di media sosial menunjukkan murid-murid sekolah berkenaan yang mengalami simptom keracunan makanan sedang diberi rawatan segera para petugas kesihatan.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16