‘Dengar daripada TikTok, ini belajar mana ni?’

“JANGAN pusing, jangan putar, jangan buat tuduhan melulu di dewan ini,” bidas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dengan tegas meminta Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh agar tidak menjadikan sumber daripada media sosial sebagai rujukan lantas membuat tuduhan melulu terhadap Kerajaan Madani.

“Kita harus teliti jangan hanya melontarkan secara sembrono tanpa fakta seperti mana saya dengar ucapan Pasir Puteh sebelum ini bahawa Menteri Kewangan tak ikut tatakelola dalam pengagihan kontrak kepada Di Saji dan Bukit Gantang.

“Tak benar sama sekali, saya yang ‘sign’, saya tahu, ‘you’ dengar dari mana? Dengar daripada TikTok, ini belajar mana ni? Seorang pulak WhatsApp…

“Tak merujuk fakta tapi belajar kalau sebut baca Quran, ooo tahu surah mana, baca hadis rujukan sanadnya mana, tapi bila bercakap atas nama Islam rujuk Quran tapi bila hentam tak peduli. Ini yang saya bangkitkan,” katanya ketika sesi Pertanyaan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menegaskan, pentadbirannya tidak akan bertolak-ansur berkait tatakelola dan meminta pembangkang tidak mengelirukan rakyat dengan pelbagai tuduhan melulu.

Semalam, ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, Nik Zawawi mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat dengan mendakwa, beliau mempunyai maklumat perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (PN-Bukit Gantang) dengan seorang pegawai berkaitan tender berkenaan.

Susulan itu, Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6), yang menyifatkan ia sebagai sangkaan jahat.

“Berkenaan WhatsApp, itu adalah sangkaan jahat, yang tidak ada satu dokumen yang sah. Saya perlukan penjelasan dan perlu tarik balik kenyataan itu,” katanya.

Nik Zawawi bagaimanapun berkata, beliau tidak menuduh secara membabi buta, sebaliknya mahu kerajaan meneliti pesanan WhatsApp itu kerana ia didakwa datang daripada sumber yang sangat kuat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kemudian mencadangkan kepada Ahli Parlimen Pas itu supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis jika mempunyai maklumat.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO