DBKK kaji semula penutupan jalan susur di Lorong Seroja 1, ‘bollard’ dibuka 20 April

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan bagi mengkaji dan meneliti penyelesaian terbaik penutupan jalan susur di Lorong Seroja 1.

DBKK berkata penghadang jalan ‘bollard’ yang dipasang di jalan susur berkenaan akan dibuka mulai 20 April ini setelah mengambil kira aduan dan maklum balas yang diterima daripada orang awam.

“DBKK akan membuka penghadang jalan yang dipasang di jalan susur berkanaan mulai 20 April  ini. 

“Keputusan ini dicapai secara sebulat suara menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Trafik – Perbincangan Isu Pemasangan Penghadang di Simpang Jalan Seroja 1 ke Lorong Bunga Melur, Taman Fortuna yang diadakan pada 18 April lalu. 

“Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil- wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Bandaraya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik,” katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu. 

Jelasnya, pihaknya bersama JKR dan PDRM akan mengadakan lawatan teknikal ke lokasi dalam masa terdekat bagi meneliti aspek keselamatan, kelancaran trafik dan laluan alternatif untuk pengguna jalan raya. 

Justeru itu, pengguna jalan raya di kawasan ini dinasihatkan mengutamakan aspek keselamatan dan memandu secara berhemat di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

DBKK turut menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan berbaur negatif  yang boleh mejejaskan keharmonian  masyarakat dan penduduk setempat. 

Terdahulu, DBKK menutup jalan susur Lorong Seroja 1 dengan memasang penghadang jalan bagi mengelakkan ia digunakan sebagai jalan pintas susulan aduan kejadian nyaris kemalangan. 

Tambahnya, secara teknikalnya serta mengikut rekod pelan yang ada, tiada jalan keluar yang dibenarkan di kawasan berkenaan.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas