Nilai ringgit kekal kukuh banding mata wang lain

PUTRAJAYA – Ringgit ditutup mengukuh berbanding mata wang utama lain tetapi merosot berbanding dolar AS hari ini apabila pedagang berhati-hati terhadap arah kadar faedah Amerika Syarikat (AS), susulan data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang lebih tinggi daripada jangkaan semalam, kata seorang ahli ekonomi.

CPI teras meningkat 0.3 peratus dari bulan ke bulan pada bulan Ogos, melebihi anggaran konsensus sebanyak 0.2 peratus. Kadar ini terus meningkat daripada 0.1 peratus pada bulan Jun dan 0.2 peratus pada bulan Julai.

Pada jam 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.3330/3370 berbanding dolar AS, berbanding penutupan semalam pada 4.3270/3325.

Ketua Ekonom Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit agak stabil sepanjang hari berbanding dolar AS, bergerak sekitar 4.33.

“Kami berpendapat bahawa para pedagang dan pelabur kekal berhati-hati mengenai arah kadar faedah AS, terutama selepas CPI teras AS yang lebih tinggi daripada jangkaan semalam..

“Ini, pada satu tahap, mengurangkan kemungkinan pengurangan kadar faedah yang agresif oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menyatakan bahawa mesyuarat FOMC yang akan datang minggu depan menjadi sangat penting dalam menentukan sejauh mana Rizab Persekutuan sanggup melonggarkan pendirian dasar monetari mereka yang ketat.

“Oleh itu, ramalan mereka mengenai Kadar Dana Persekutuan dan pemboleh ubah makroekonomi lain seperti inflasi dan kadar pengangguran akan dipantau dengan teliti minggu depan,” tambahnya.

Pada penutupan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding keranjang mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7724/7768 daripada 4.7774/7835 pada penutupan Rabu, naik berbanding pound Britain kepada 5.6550/6602 daripada 5.6623/6695 sebelum ini, dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0364/0395 daripada 3.0558/0599.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengukuhan nilai ringgit serta semakan naik unjuran ekonomi Malaysia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencerminkan keyakinan berterusan komuniti kewangan antarabangsa terhadap asas ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎