Cubaan seludup dadah gagal, lelaki tempatan ditahan

KUCHING – Cubaan seorang lelaki tempatan untuk menyeludup dadah jenis Methamphetamine seberat lebih 10 kilogram melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) berjaya digagalkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Suspek warganegara tempatan itu ditahan pada 16 April lalu sekitar jam 12 tengah hari sejurus tiba dari Kuala Lumpur hasil pemantauan Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) dengan kerjasama Cawangan Narkotik JKDM Sarawak.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya, lelaki tersebut dilihat mengambil satu kotak dari karusel bagasi sebelum bergegas ke tandas bersama kotak berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kotak itu menemui 10 bungkusan plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki Methamphetamine dengan berat kasar 10,136 gram. Nilai rampasan dianggarkan mencecah RM347,200,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dadah jenis Methamphetamine ini disenaraikan di bawah Bahagian I, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup berserta minimum 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah menyembunyikan dadah bersama makanan ringan dalam cubaan mengaburi mata pihak berkuasa.

Related Posts

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

SANDAKAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan menjalankan pemeriksaan di Pasar Basah Sibuga Batu 8 selepas tular aduan awam berhubung penjualan ikan busuk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

LAHAD DATU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengekalkan pendirian bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo sekiranya tidak berlaku sebarang rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI tidak lupa ‘mempersiapkan’ golongan belia – Azalina

Kerajaan MADANI tidak lupa ‘mempersiapkan’ golongan belia – Azalina

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah