Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Pending

KUCHING – Seorang lelaki tempatan maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan motosikal dan lori di Jalan Pending pada tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.37 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah lori Hino yang bergerak lurus.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Umum Sarawak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Mohd Rashdan Rosli di talian 013-6204758 atau 082-259900, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa fokus, berhati-hati serta mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan. 

“Jangan sesekali memandu secara melulu kerana ia boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna lain,” tegasnya.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang