Cikgu Din ditempatkan sementara sekolah di Kelantan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah meluluskan arahan penempatan sementara bagi membolehkan Izzuddin Izhar atau Cikgu Din untuk berada bersama-sama isterinya yang sedang bertarung kanser tahap empat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, hasil pertemuan antara kedua-dua belah pihak, Cikgu Din akan ditempatkan di sekolah berhampiran supaya dia dapat terus melaksanakan tugasan sebagai guru dan juga dapat bersama dengan isterinya.

“Pertamanya, kita rakamkan ucapan simpati pada keadaan yang berlaku pada Cikgu Din dan urusan kebajikan dia akan kita uruskan dengan sebaik-baiknya.

“Insya-Allah kita akan bagi ruang untuk dia untuk bersama dengan isterinya melalui arahan penempatan sementara dan ia bertujuan untuk memastikan dia dapat bersama dengan isterinya dalam tempoh yang amat memerlukan ini,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan permohonan Cikgu Din untuk mengajar di sekolah berdekatan isterinya.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Peluncuran Karnival Pendidikan Madani dan Program Kolej Vokasional Insani Masyarakat Madani di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, Pulau Pinang, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan kisah seorang guru di Sarawak dikenali sebagai Cikgu Din terus mendapat perhatian ramai apabila dia diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser tahap empat.

Pada awalnya, rakan Cikgu Din atau nama sebenarnya Izzuddin Izhar, Harimah Abd. Rahman tampil mendedahkan liku hidup diharungi rakannya itu apabila terpaksa berjauhan lebih 4,600 kilometer (km) dengan isteri tersayang, Nur Atiqah My Yusoff yang bergelut dengan masalah kesihatan kronik di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menepis dakwaan kononnya KPM terpaksa membuat keputusan selepas isu berkenaan tular di media sosial.

“Tak betul, saya ingat proses perbincangan telah dibuat dan juga bagaimana kita menawarkan alternatif-alternatif kepada Cikgu Din telah berlangsung sebelum itu lagi.

“Apapun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kerana perhatian dan kita lihat begitu ramai masyarakat yang empati kepada keadaan Cikgu Din.

“Jadi saya ucapkan terima kasih dan sama-sama kita doakan kesembuhan pada isteri beliau.

“Insya-Allah kita akan ambil perhatian penuh kepada semua berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang sedia ada,” katanya.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit