Kopenas berjaya transformasi lebih 600 koperasi sekolah melalui STEP

KUANTAN – Pengenalan Platform Elektronik Transformasi Sekolah (STEP) oleh Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (Kopenas) berjaya memantapkan gerakan koperasi di lebih 600 sekolah seluruh negara.

Melalui platform itu, proses pengurusan inventori dan transaksi dapat dipermudahkan dengan lebih efisien.

Pengerusi Kopenas, Jumat Mat Lani berkata, proses memperkukuhkan sistem kerja dan operasi sedang giat dilaksanakan pihaknya bagi mengukuhkan lagi jenama Kopenas dalam gerakan koperasi di Malaysia.

“Ia selaras dengan usia Kopenas yang memasuki tahun ke-38 pada tahun ini.

“Pelbagai pencapaian membanggakan sudah dicapai Kopenas antaranya disenarai sebagai 100 koperasi terbaik di Malaysia dan Wilayah Persekutuan.

“Tahun lalu, perolehan Kopenas juga mencecah RM7 juta, sekaligus meningkatkan lagi semangat kami,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kopenas Kali Ke-38, di sini, hari ini.

Mesyuarat dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Kopenas yang ditubuhkan pada tahun 1984, kini memiliki kira-kira 35,000 ahli yang aktif.

Selain memfokuskan perniagaan berasaskan koperasi, pihak Kopenas juga turut terbabit dalam sektor pelaburan hartanah.

Mengulas mengenai Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, Jumat berkata, peruntukan RM815 juta untuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) diharap dapat membantu gerakan koperasi di negara ini.

“Sudah tentu kita berharap Kopenas juga dapat manfaat melalui peruntukan diumumkan Perdana Menteri, untuk mengembangkan lagi operasi kami dan menawarkan lebih banyak perkhidmatan kepada ahli,” katanya.

Related Posts

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa AI jejas peluang kerja tidak tepat

KUANTAN – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak wajar dilihat sebagai ancaman yang menggugat peluang pekerjaan rakyat, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti industri negara. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman