
SEKITAR bulan Jun 2019, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pelantikan pengamal undang-undang dan aktivis politik itu mengejutkan ramai pihak.
Timbalan Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Shukri Abdull pula memilih untuk bersara secara pilihan.
Apatah lagi, pengumuman mengenai pelantikan itu dibuat ketika umat Islam seluruh negara sedang bersiap untuk menyambut Aidilfitri.
Sebelum dilantik ke jawatan utama SPRM, beliau begitu lantang mengkritik kerajaan – yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
Pemilihan Latheefa juga dibuat ketika siasatan terkait skandal penyelewengan mega dalam syarikat pelaburan strategik negara – 1MDB – sedang hangat.
Bermacam kenyataan dibuat beliau sepanjang memegang jawatan berkenaan.
Dan kemuncaknya, pada Januari 2020, Latheefa dalam sidang media khas berkaitan perkembangan siasatan kes 1MDB itu, mendedahkan rakaman audio ‘famous’ dengan ayat ‘can i advise you something?’ dipercayai suara Datin Seri Rosmah Mansor.
Sehingga kini kita tidak pasti apa motif pendedahan rakaman audio itu.
Sama ada untuk tujuan siasatan kes atau untuk mengaibkan sesiapa.
Maka, apabila sehari dua ini Latheefa Koya cuba menunjukkan bahawa dia sedang membela hak Najib dalam hal berkaitan titah adendum, rasa agak kelakar dan terhibur pula.
Kenapa dulu bukan main lagi Latheefa mengkritik dan mengherdik Najib dan Rosmah.
Dan kenapa sekarang dia mahu pula menjadi pahlawan dan menjadi juara dalam isu adendum.
Janganlah tuduh kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berselindung di sebalik prosiding mahkamah yang sedang berjalan.
Untuk Latheefa Koya – can i advise you something?


