Cadangan Dr Akmal UMNO, Pas bergabung di Melaka hanya reaksi panik

PUTRAJAYA – Cadangan penyatuan UMNO dan Pas di Melaka bukanlah sebagai bukti kedua-dua parti memiliki kekuatan, namun ia reaksi panik terhadap kemerosotan sokongan rakyat.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, saranan tersebut mencerminkan kegelisahan dalaman UMNO yang semakin kehilangan pengaruh khususnya selepas prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau mengakui kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 namun, keputusan itu berlaku dalam suasana luar biasa ketika pandemik Covid-19.

“Pilihan raya itu berlangsung dengan sekatan ketat dan kawalan pergerakan. Menjadikannya sebagai ukuran mutlak kekuatan UMNO hari ini adalah tidak jujur dari sudut analisis politik.

“Ini bukan lahir daripada kekuatan tetapi daripada kebimbangan terhadap realiti sokongan rakyat hari ini. Ia hanya cubaan menghidupkan semula naratif lama yang telah ditolak pengundi,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mencadangkan penyatuan UMNO dan Pas bermula di Melaka.

Dr Muhamad Akmal memaklunkan, berdasarkan rekod semasa di Melaka, UMNO memenangi 21 daripada 28 kerusi manakala Pas tidak memenangi sebarang kerusi.

Sementara itu, Danish memaklumkan, kekuatan sebenar perlu diukur melalui PRU-15 apabila BN gagal memenangi satu pun daripada enam kerusi Parlimen di Melaka.

“Semua kerusi dimenangi Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Ini fakta yang tidak boleh diputar belit. Rakyat telah membuat penilaian jelas,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kekuatan Pas peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disifatkan tidak signifikan.

“Menggabungkan dua kelemahan tidak semestinya melahirkan kekuatan. Politik bukan sekadar tambah undi tetapi soal keyakinan rakyat,” katanya.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia