Bursa Malaysia sasar untung RM379 juta

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Bhd mengemas kini sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk tahun kewangan 2024 daripada RM293 juta hingga RM323 juta kepada RM361 juta hingga RM379 juta.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, bursa terus menarik pelaburan ke dalam pasaran modal dan menjangkakan prestasi korporat lebih baik bagi tahun ini berbanding 2023.

“Kami menyaksikan aliran masuk yang kukuh daripada pelabur domestik dan asing.

“Berdasarkan prestasi semasa dan momentum yang dijangka pada separuh kedua 2024, kami telah menyemak sasaran PBT,” katanya semasa taklimat media mengenai keputusan kewangan separuh pertama Bursa Malaysia 2024, petang semalam.

Bursa Malaysia optimis untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Abdul Wahid berkata, Bursa Malaysia telah mengekalkan sasarannya untuk meningkatkan segmen hasil bukan dagangan sebanyak lima peratus hingga tujuh peratus bagi tahun kewangan 2024.

Selain itu, Bursa Malaysia berhasrat untuk kekal kukuh tahun ini dengan menyasarkan 42 tawaran awam permulaan (IPO) dan jumlah permodalan pasaran IPO bernilai RM13.0 bilion pada 2024.

“Kami telah menyelesaikan 28 IPO pada separuh pertama 2024,” katanya.

Sehingga akhir Jun 2024, Bursa Malaysia telah merekodkan 21 IPO, iaitu empat di Pasaran Utama, 16 di Pasaran ACE, dan satu di Pasaran LEAP dengan jumlah permodalan pasaran IPO bernilai RM7.31 bilion, menjadikannya yang kedua tertinggi dalam kalangan bursa-bursa di Asean.

Related Posts

Inflasi keseluruhan catat penurunan

KADAR Inflasi keseluruhan pada suku pertama 2025 Malaysia menurun kepada 1.5 peratus berbanding 1.8 peratus pada suku keempat 2024. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera

KOTA KINABALU – Kerajaan menerusi Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (PKK) terus komited membantu kontraktor Bumiputera dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif pembiayaan termasuk Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan TEKUN…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

Inflasi keseluruhan catat penurunan

Inflasi keseluruhan catat penurunan

Penambahan ambulans, mesin x-ray beri manfaat lebih 14,000 penduduk Merotai

Penambahan ambulans, mesin x-ray beri manfaat lebih 14,000 penduduk Merotai

Bantuan KPWKM bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah

Bantuan KPWKM bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah