Buli di sekolah kritikal, Ahli Parlimen rentas parti digesa bertindak

PUTRAJAYA – Peningkatan kes buli di sekolah yang berlaku pada 2024 berbanding tahun sebelumnya menunjukkan kelompangan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menangani isu tersebut secara holistik dan berkesan.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, jumlah kes buli yang dilaporkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada 2024 iaitu 7,681 kes adalah sangat tinggi.

Menurut beliau, angka itu menggambarkan situasi serius susulan secara purata, kes buli yang berlaku pada tahun lepas ialah sebanyak 40 kes sehari sekiranya 7,681 kes buli itu dinisbahkan kepada 190 hari persekolahan.

“Tolak cuti dan hujung minggu, jumlah hari persekolahan di negara ini sekitar 190 hari. Pelajar asrama juga biasanya pulang ke rumah masing-masing apabila cuti sekolah.

“Secara kasar, bila dinisbahkan 7,681 kes buli di sekolah kepada 190 hari persekolahan, secara purata telah berlaku 40 kes buli sehari pada 2024. Jumlah itu sangat tinggi,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Terdahulu, Fadhlina menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, pada Rabu memaklumkan bahawa kes buli telah meningkat kepada 7,681 kes pada 2024 berbanding 6,528 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Fadhlina berkata, angka itu berdasarkan data sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dengan 1,992 kes berlaku di sekolah rendah manakala 5,689 kes di sekolah menengah. 

Mengulas lanjut, Anuar turut meluahkan kebimbangan apabila data rasmi yang dikongsikan KPM itu menunjukkan sebanyak 14,209 kes buli telah berlaku dalam tempoh dua tahun.

“Semua itu anak-anak kita. Trauma dan kesan psikologi sebagai mangsa buli akan kekal seumur hidup mereka. Kesan buli bukan hanya pada mangsa buli tetapi juga kepada keluarga terdekat mereka.

“Ini hanya data rasmi laporan kes buli di sekolah bawah KPM. Bagaimana pula dengan laporan kes buli di sekolah persendirian dan tahfiz?

“Bagaimana pula dengan kes buli di sekolah yang tidak dilaporkan kerana bimbang dengan keselamatan diri, malu atau sebagainya? Tiada siapa tahu jumlahnya. Tentu jumlahnya bukan kecil anak,” katanya.

Sehubungan itu, Anuar yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) UKM berpendapat, Ahli Parlimen membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat mengenai usaha berkesan yang dilaksanakan bagi mencegah buli susulan peningkatan jumlah kes.

“Sejak 2023, apa usaha berkesan yang telah diambil bagi pencegahan kes buli di sekolah? Jika berkesan, mengapa kes buli di sekolah terus meningkat?

“Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang patut tanya KPM di Dewan Rakyat. Ini bukan soal politik, ini soal keselamatan dan masa depan anak-anak kita,” katanya.

Related Posts

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua pihak supaya menunggu sehingga selesai istiadat di Istana Negara esok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

AHLI Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan media Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’