Buli di MRSM: Ibu bapa usah jumpa saya merayu – Asyraf

IBU BAPA pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang anak mereka terbabit dalam insiden buli dinasihatkan tidak perlu membuat rayuan meringankan hukuman yang diterima.

Malah Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, beliau sendiri tidak akan melayan segala pujuk rayuan jika ibu bapa pelajar yang membuli datang berjumpa dengannya.

Jelasnya, pihak MRSM tidak akan berkompromi dalam gejala buli dan hukuman buang sekolah merupakan hukuman yang wajar dikenakan kepada pelajar yang menjadi pembuli.

“Saya sudah tegaskan kepada pihak pengurusan MARA, bahawa jangan dilayani sebarang rayuan. Bahkan tidak perlu juga bersusah payah nak berjumpa saya untuk merayu.

“Sudah banyak kali diperingatkan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk buli.

“Yang kita nak lahirkan generasi pemimpin berakhlak dan beradab bukan petualang yang meranapkan nilai keagamaan dan ketamadunan,” katanya di Facebook, hari ini.

Asyraf berkata demikian susulan menerima laporan kejadian buli terbaharu berlaku di salah satu daripada tiga MRSM di Melaka.

Tanpa menyebut nama MRSM tersebut, beliau berazam menjadikan MRSM dan Institusi-institusi Pendidikan MARA sebagai zon bebas buli.

“Pagi-pagi lagi ramai tag perihal insiden buli yang berlaku di salah sebuah MRSM di Melaka. Terus saya minta laporan dari pengurusan MARA.

“Enam pelajar tingkatan lima terlibat buli digantung dan dicadang untuk dibuang. Tak perlu merayu. You touch you go,” katanya.

Related Posts

Sinergi JKOM dan UKAS perkukuh komunikasi strategik, eratkan hubungan Persekutuan-Sarawak

KUCHING – Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan risau, saya berundur demi pemerkasaan gerak kerja Pemuda UMNO – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyeru kepada semua penyokongnya agar tidak risau dengan pengumuman beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Melaka. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam