Penyelarasan cukai perlu demi kesejahteraan rakyat – KP JKOM

KERAJAAN MADANI yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang melaksanakan penyelarasan sistem percukaian negara demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri dan pentadbiran kini berbeza daripada pendekatan pentadbiran terdahulu.

“Perbezaan pendekatan ini bukanlah berlaku tanpa sebab, sebaliknya perlu difahami bahawa kerangka Malaysia MADANI berasaskan latar zaman yang pernah saya sebutkan sebelum ini, iaitu era pasca normal (post-normal time).

“Pendekatan yang sedang digunakan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI ini dalam mengurus ekonomi rakyat berbeza kerana ia dibina di atas kerangka Malaysia Madani yang lahir daripada era pasca normal. Dalam zaman ini, yang paling pasti ialah ketidaktentuan.

“Ketidaktentuan ini bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi fiskal dalaman negara, malah turut dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi global,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi ekonomi dunia hari ini tidak lagi boleh ditangani dengan kaedah lama memandangkan ketidaktentuan geopolitik global seperti perang Gaza, ketegangan antara Israel dan Iran, serta dasar proteksionis Amerika Syarikat dan kebangkitan China telah memberikan kesan kepada rantaian dagangan global.

Menyentuh mengenai penyelarasan cukai yang menjadi topik kritikan dalam kalangan rakyat, Ismail menjelaskan bahawa kerajaan tidak berniat membebankan rakyat sewenang-wenangnya, sebaliknya berusaha untuk memperkukuh sumber pendapatan negara agar dapat terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramai yang tidak sedar bahawa dalam kehidupan harian, kita sebenarnya sudah membayar cukai secara tidak langsung melalui pembelian barangan. Ini adalah realiti yang telah lama menjadi amalan negara,” jelas beliau.

Beliau menegaskan, bahawa apa jua sistem cukai yang digunakan, sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau Cukai Perkhidmatan (SST), perkara utama adalah memastikan ketelusan dan keberkesanan tadbir urus agar hasil negara disalurkan kembali kepada rakyat secara adil.

“Saya tidak mahu berdebat GST atau SST lebih baik, tetapi akhirnya ia mesti memberi manfaat kepada rakyat. Cukai ini digunakan untuk membiayai pelbagai inisiatif termasuklah program bantuan sara hidup, pendidikan, dan infrastruktur,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa lebih 30 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI dalam tempoh dua tahun pentadbirannya, termasuk program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberi manfaat kepada 13 juta rakyat.

Ismail berkata, beberapa musim perayaan yang lalu, isu kekurangan barang keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak semakin jarang timbul sekali gus menunjukkan keberkesanan dasar kerajaan dalam menjaga kestabilan harga dan bekalan makanan asas.

“Dulu, setiap kali musim perayaan, berita utama mesti harga barang naik atau barang tak cukup. Tapi sejak dua tahun kebelakangan ini, kita tak dengar lagi. Bahkan sebelum diumum subsidi telur pun, kita dah ada lebihan hampir satu juta biji,” katanya.

Beliau menyimpulkan bahawa penyelarasan cukai bukan soal menekan rakyat, tetapi satu keperluan demi menjamin kesinambungan dasar kebajikan, termasuklah pembinaan semula sekolah daif menerusi inisiatif ‘sekolah angkat’ yang memerlukan dana besar.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak