Broker tanah rugi hampir RM1.5 juta terpedaya skim pelaburan tidak wujud

MUAR – Seorang broker tanah kerugian sehingga RM1.45 juta ditipu disindiket pelaburan saham luar negara tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa wanita berusia 44 tahun itu telah menemui skim pelaburan yang beroperasi di luar negara itu ketika melayari aplikasi Facebook.

“Pada Mei lalu, ketika mangsa melayari Facebook dalam daerah ini, dia telah terlihat satu iklan berkaitan skim pelaburan luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Akibat tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa telah berurusan dan kemudiannya dimasukkan ke dalam WhatsApp berkumpulan untuk dijelaskan lebih terperinci mengenai pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raiz Mukhliz, wanita itu kemudiannya bersetuju menyertai skim berkenaan sebelum membuat beberapa transaksi ke atas lima akaun berbeza bermula 14 Jun sehingga 13 Ogos dengan keseluruhan nilai pelaburan sebanyak RM1.45 juta.

“Selepas melakukan kesemua transaksi, mangsa telah menerima pulangan sebanyak RM25,500. Bagaimanapun, modal pelaburan milik mangsa berjumlah RM1.45 juta tidak dapat dikeluarkan dengan alasan dia mempunyai tunggakan pelaburan serta tidak mengikut peraturan.

“Mangsa mula curiga dan berasa tertipu lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam,” katanya.

Raiz Mukhliz berkata, polis masih menjalankan siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dalam urusan membabitkan kewangan.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei