Bot nelayan meletup, dua lelaki melecur teruk

KANGAR – Niat dua nelayan untuk turun mencari rezeki di laut terbantut selepas bot fiber mereka meletup dan terbakar dalam satu kejadian di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, lewat malam semalam.

Mangsa, Mohamad Bakri Idham, 54, melecur teruk dengan 90 peratus tubuhnya terbakar, manakala rakannya, Nur Azman Sabu, 45, mengalami kecederaan melecur sebanyak 45 peratus.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sebelum segera bergegas ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang melakukan persiapan dan pemeriksaan terhadap bot sebelum turun ke laut ketika letupan berlaku.

“Mereka sedang memeriksa bateri, bekalan bahan api dan sebagainya sebagai persiapan ke laut, letupan berlaku secara tiba-tiba selepas mangsa membuka penutup ruangan bateri,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Katanya, api menyambar kedua-dua mangsa, namun mereka sempat diselamatkan oleh orang kampung yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk mendapatkan rawatan kecemasan oleh pihak ambulans dan Jabatan Pertahanan Awam negeri.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Zaidi Maat memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.56 malam.

Sepasukan anggota bomba segera dihantar ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dalam masa yang singkat.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 12.50 tengah malam, dengan bot fiber tersebut musnah 50 peratus.

Punca sebenar letupan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

KOTA KINABALU – Krisis dalaman Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) semakin memuncak apabila Ketua Penerangan, Iskandar Zulkarnain Ramli secara terbuka mendakwa Presiden, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah kehilangan sokongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa