JHEAIK tahan 21 individu dipercayai pengikut Syiah

SEKUMPULAN 21 penduduk tempatan dipercayai pengikut fahaman Syiah ditahan dalam operasi membanteras ajaran sesat itu di Kampung Alor Berala, Tobiar dekat Pendang, Kedah, Selasa lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin berkata, operasi itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil maklumat berkaitan satu perhimpunan memperingati hari kelahiran Imam Kesebelas pengikut Syiah, Imam Hasan Al-Askari.

“JHEAIK menerima maklumat terdapat pengikut Syiah akan berkumpul bagi memperingati Maulid Imam Syiah Ke-11, Imam Hasan Al-Askari di kediaman individu dikenali dengan nama Abdullah Hassan… dia didakwa sebagai ketua Syiah di Kedah di Kampung Alor Berala, Tobiar, Pendang.

“Sehubungan itu, JHEAIK bersama PDRM mengadakan Operasi Khas Syiah pada 15 Oktober pada jam 9.50 malam.

“Setelah melakukan pemeriksaan, Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JHEAIK menahan 21 orang iaitu enam lelaki, sembilan perempuan dan enam kanak-kanak,” katanya.

Syeikh Zainul Mukhtar berkata, pihaknya turut merampas kitab dan barangan yang dipercayai ada kaitan dengan ajaran tersebut.

“Tangkapan membabitkan kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun, remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun dan dewasa antara 33 hingga 77 tahun.

“Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Pendang untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama serta penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

“Pada 15 Jun 2014, ajaran dan fahaman Syiah diwartakan bercanggah dan menyeleweng dari ajaran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam khususnya di Kedah,” jelasnya.

Related Posts

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

LIMBANG – Sokongan berterusan pihak korporat dan syarikat swasta terhadap program kemasyarakatan dilihat menjadi antara faktor utama kejayaan penganjuran Bazar Gawai Agro Tamu Medamit yang kini memasuki tahun ke-10 penganjurannya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

KUCHING – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Daerah Kuching meneruskan tradisi murni dengan menganjurkan program jangkauan komuniti di Hospital Umum Sarawak (HUS) sempena sambutan Hari Palang Merah dan Bulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak