Nilai ringgit meningkat sedikit menjelang pembentangan Belanjawan 2025

PUTRAJAYA – Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pagi ini berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal tahun depan walaupun bank-bank global terus melaksanakan pelonggaran dasar monetari.

Pada jam 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3050/3250 berbanding dolar AS daripada 4.3075/3105 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini, menjadi agenda utama, dengan peniaga dijangka menumpukan perhatian kepada sasaran defisit fiskal tahun depan.

“Mereka juga akan meneliti langkah-langkah kerajaan yang akan diumumkan untuk mengekalkan kadar pengukuhan fiskal dan pada masa yang sama, terus menyokong ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka menurunkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas berikutan inflasi turun di bawah sasaran dua peratus dan sentimen perniagaan yang lemah dalam sektor pembuatan.

Di peringkat global, katanya Indeks Dolar AS terus mendapat sokongan yang baik dengan Bank Pusat Eropah menurunkan kadar dasar mereka sebanyak 25 mata asas semalam.

“Ini berlaku apabila Rizab Persekutuan AS dilihat tidak begitu berminat untuk melaksanakan pelonggaran dasar monetari yang agresif disebabkan ekonomi AS yang berdaya tahan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6615/6831 daripada 4.6771/6803 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8673/8808 daripada 2.8790/8812 pada Khamis.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding pound kepada 5.6025/6286 daripada 5.5967/6006.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2758/2912 daripada 3.2782/2807 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9614/13.0326 daripada 12.9619/9776.

Ia turut dibuka tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 277.5/279.0 daripada 277.7/278. Mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.48 daripada 7.44/7.46.

Related Posts

Selangor rangka strategi perkukuh sekuriti makanan melalui koperasi

KLANG — Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka strategi menyeluruh bagi memperkukuh sekuriti makanan negeri dengan menjadikan koperasi sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan makanan, kata EXCO Hal Ehwal Pengguna, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri maritim pacu ekonomi dan kemahiran tenaga kerja Sarawak

SIBU – Kerajaan Sarawak melihat industri pembinaan dan pembaikan kapal sebagai antara sektor strategik yang berpotensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri selain menyediakan peluang pekerjaan serta memperkukuh pembangunan kemahiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA