BN miliki aura rampas semula DUN Nenggiri – Khairy

BARISAN Nasional (BN) yang mewakili Kerajaan Perpaduan dijangka mempunyai peluang cerah bagi merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri daripada Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pengaruh bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah cukup besar di kawasan itu dalam menarik hati pengundi, khususnya Orang Asli.

Menurutnya, momentum kemenangan itu boleh dirasai berikutan 13 peratus pengundi di situ adalah di masyrakat Orang Asli.

“Saya difahamkan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Md Nor Orang Asli yang pertama dipilih menjadi ahli Parlimen, sekarang ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditugaskan berkampung di pos-pos Nenggiri.

“Ini supaya dapat menaikkan sokongan dalam kalangan Orang Asli terhadap calon BN,” katanya menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Dalam pada itu, Khairy berkata, faktor kemenangan lain adalah disebabkan pengundi di DUN Nenggiri juga tidak akan terkeliru mengenai calon yang ditampilkan untuk bertanding di kawasan itu adalah daripada BN.

Jelas bekas Menteri Kesihatan itu, dengan strategi digunakan BN mengatakan pentadbiran kerajaan Persekutuan daripada mereka kepada Orang Asli, ia menyebabkan pengundi itu memberikan sokongan kepada gabungan tersebut pada kali ini.

“Namun, sekiranya BN memenangi PRK Nenggiri, ia juga tidak boleh memberikan satu isyarat besar mengenai adanya perubahan pola pengundi Melayu yang kembali kepada mereka.

“Ini satu kawasan sahaja tetapi ia sudah pasti akan memberi sedikit berita gembira kepada BN sebab selama ini kecundang dalam beberapa PRK terutamanya bila cuba nak menawan kawasan yang kalah pada pilihan raya lepas,” katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menyangkal dakwaan terbabit yang mencabar Khairy untuk turun padang
bagi melihat situasi sebenar pengundi di Nenggiri ketika ini.

Melihat kepada ‘mood’ pengundi, beliau menyakini PN mampu mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, 17 Ogos ini.

“Kalau nak buat komen tu, dia (Khairy) turun terlebih dahulu ke Nenggiri, luang masa beberapa hari ke kawasan sini termasuk penempatan Orang Asli.

“Lepas dah buat pemerhatian, barulah ulas,” katanya.

PRK Dun Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon BN dan Perikatan Nasional (PN).

Ia menyaksikan pertembungan membabitkan calon daripada BN yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN, Mohd Rizwadi Ismail daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam pilihan raya lalu, calon PN daripada Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi