Bursa Malaysia akhiri dagangan lebih positif

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.

Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah pemulihan di kebanyakan pasaran saham serantau selepas diasak prestasi merudum dalam sesi dagangan semalam, kata peniaga.

Pasaran Nikkei 225 Jepun melonjak 3,217.04 mata atau 10.23 peratus kepada 34,675.46 berbanding prestasi menjunam lebih 4,000 mata yang juga prestasi terburuknya sejak 1987.

Indeks Komposit SSE Shanghai menokok 0.23 peratus kepada 2,867.28 manakala Indeks Komposit IDX Indonesia naik 1.31 peratus kepada 7,151.80.

Sehingga jam 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 37.91 mata atau 2.46 peratus ke paras tertinggi intra harian 1,574.39 berbanding 1,536.48 pada penutup semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 5.66 mata kepada 1,542.14 namun susut ke paras intra harian terendah 1,529.09 sebelum bergerak dalam trajektori meningkat bagi tempoh berbaki dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 1,083 berbanding 309 manakala 348 kaunter tidak berubah, 665 tidak didagangkan dan tujuh yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susut kepada 6.39 bilion unit bernilai RM5.31 bilion daripada 9.26 bilion unit bernilai RM7.97 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, saham-saham di pasaran Eropah juga mencatat kerugian pada sesi awal dagangan walaupun tidak mencatat pemulihan yang dramatik.

“Tanda-tanda pemulihan juga jelas di pasaran niaga hadapan Amerika Syarikat (AS) dengan trend positif dalam niaga hadapan Nasdaq, S&P 500 dan Dow Jones,” katanya kepada Bernama.

Bagi bursa tempatan, Thong berkata aktiviti memburu saham berharga rendah mungkin berterusan, terutama dalam keadaan indeks penanda aras kekal terlebih jual.

Pada masa sama, ini turut didorong oleh asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh dengan pendapatan korporat bertambah baik serta aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan.

“Dalam jangka pendek, FBM KLCI memaparkan tanda-tanda pemulihan selepas menyaksikan aktviti jualan secara ketara,” katanya.

Thong juga menasihatkan pelabur untuk terus memantau tahap sokongan dan rintangan utama dan memantau penunjuk teknikal untuk memahami arah aliran dengan lebih baik.

Related Posts

AIIB sokong pembangunan tenaga bersih, infrastruktur Sarawak

KUCHING – Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Sarawak bagi menyokong agenda pembangunan yang berteraskan infrastruktur masa hadapan dan teknologi tenaga bersih.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
16 sektor industri rekod peningkatan keyakinan pengguna

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 daripada 21 sektor industri mencatat peningkatan tahap kepercayaan pengguna pada 2025, selari dengan peningkatan sentimen optimisme rakyat terhadap hala tuju negara, menurut dapatan kajian Ipsos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang