Blue Print The Greater Kedah: Sanusi ketandusan idea, hanya jual mimpi

ALOR SETAR – Berdasarkan penilaian awal, UMNO Kedah menyifatkan Blue Print The Greater Kedah yang dilancarkan semalam hanyalah dokumen ‘ciplak’ dan jelas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan Exco sudah ketandusan idea.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, 90 peratus daripada penyata perancangan pembangunan ternyata diambil daripada perancangan berimpak tinggi Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional dahulu.

Katanya, UMNO Kedah melihat hampir keseluruhan daripada objek berimpak tinggi yang dinyatakan dalam dokumen Blue Print akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan bukan negeri atau pun inisiatif SG4.

“UMNO Kedah percaya ini adalah usaha terbaharu Menteri Besar dan barisan Exco yang sedang dan mencuba ‘memperbaharui’ strategi menjual mimpi dan harapan kepada rakyat di negeri ini.

“UMNO Kedah menggesa agar Menteri Besar segera keluar daripada pendekatan politik murahan ini serta mula menjanjikan sesuatu yang nyata dan praktikal kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, UMNO Kedah menyifatkan dokumen Blue Print The Greater Kedah ini sudah hilang nilai dan tidak sama sekali membawa sebarang reputasi akibat kegagalan Menteri Besar dan barisan Exco melunaskan janji dan harapan yang telah disajikan kepada rakyat sebelum ini.

“UMNO Kedah menyifatkan kegagalan Menteri Besar menjelaskan komitmen RM2.5 bilion yang perlu dibayar oleh Tahira Air, kegagalan pembangunan Widad Langkasuka di Langkawi daripada pelabur Timur Tengah yang dianggar RM45 bilion.

“Ini termasuklah juga kegagalan mengekalkan pelabur bagi projek Kedah Rubber City sudah cukup menjelaskan kebimbangan sedia ada,” katanya.

UMNO Kedah percaya Blue Print The Greater Kedah ini dianggap sebagai senjata politik baharu Menteri Besar yang segar dan ampuh, namun ianya adalah satu strategi yang sangat gagal.

“UMNO Kedah yakin Blue Print The Greater Kedah ini sudah pun kalah sebelum bertempur disebabkan reputasi pembohongan dan amalan Menteri Besar yang suka menjual mimpi,” katanya.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri