Guan Eng sedia jumpa Zahid perjelas kekeliruan

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang dicadangkan Presiden UMNO itu bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Menurut bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Zahid tidak harus diperdayakan dan membuat kritikan berdasarkan satu laporan palsu oleh sebuah portal berita dalam talian.

“Sebagai pemimpin negara beliau sepatutnya semak dahulu kesahihan berita berdasarkan fakta dan angka yang benar dan bukan bersandarkan yang tidak berasas.

“Saya tidak faham mengapa portal berita itu membuat pembohongan dengan menyiarkan berita palsu bahawa dalam ucapan Parlimen saya membahaskan Belanjawan 2025 pada 22 Oktober 2024, saya menyentuh tentang Menteri UMNO kurang bantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan dalam kawasan Parlimen saya Bagan. Ini adalah satu fitnah yang tidak harus diamalkan oleh para pemberita yang bertanggungjawab dan profesional.

“Saya tidak menyentuh perkara mangsa banjir dalam ucapan saya dan ia boleh disahkan dengan laporan Hansard Parlimen dan rakaman video ucapan saya.

“Saya rela berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dicadangkan beliau tentang peruntukan yang diperlukan dalam kawasan Parlimen Bagan, khususnya pembangunan dalam kampung tradisi. Saya telah salurkan peruntukan Parlimen untuk pembinaan jalan dan infrastruktur kecil tetapi ia masih tidak mencukupi untuk mengukuhkan pembangunan yang mampan,” jelas Guan Eng dalam kenyataan di Facebooknya pada Selasa.

Terdahulu, Zahid yang juga Pengerusi BN menasihatkan Pengerusi DAP itu supaya tidak membuat tuduhan berhubung dakwaan kononnya tiada menteri dari UMNO turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ujar Zahid, beliau juga meminta Ahli Parlimen Bagan itu supaya mengimbau bantuan dihulurkannya ketika musim banjir di Pulau Pinang semasa Guan Eng bergelar Ketua Menteri pada tahun 2017.

“Ingat itu.. ingat itu. Jangan bila tiada jawatan dalam kerajaan, tuduh sana, tuduh sini.

“Sewaktu beliau jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau (Guan Eng) menangis telefon saya pada pukul 3.38 pagi. Dan saya dari Sarawak terus turun ke Pulau Pinang untuk membantu beliau,” katanya, semalam.

Media melaporkan, dalam perbahasan Belanjawan 2025 baru-baru ini, Guan Eng berterima kasih kepada barisan menteri Kerajaan Perpaduan yang turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan kawasan Parlimennya, namun secara sinis berkata, ‘menteri UMNO kurang bantu sikit’.

“Terima kasih kepada menteri-menteri yang telah menolong bukan negeri saya sahaja, Pulau Pinang tetapi juga kawasan Parlimen saya.

“Bermula dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), menteri-menteri DAP tentulah, dan juga menteri dari GPS, GRS dan UPKO, dan Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli) juga.

“Kecuali UMNO kurang sikit, mungkin masa depan boleh tambah banyak… kita harapkan begitu,” katanya dipetik media.

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah