Penguat kuasa agama perlu tahu SOP urus wang khairat

KONVOKESYEN Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan 2024 hari ini memfokuskan mengenai pengurusan wang khairat dan jenayah secara dalam talian membabitkan syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kedua-dua isu ini ditekankan pada konvensyen itu kerana perkara ini sangat penting dan rumit.

“Contohnya jika membabitkan khairat, ada (individu) yang masuk dari negeri lain tetapi membuat kutipan di negeri lain tanpa kebenaran autoriti negeri, (jika perkara ini berlaku) dalam bentuk fizikal agak mudah untuk pihak berkuasa melakukan tangkapan.

“Bagaimana jika mereka membuat kutipan secara dalam talian. Ilmu mengenai perkara ini perlu disampaikan kepada bahagian penguatkuasaan supaya mereka boleh bertindak.

“Saya tidak mahu disebabkan tiada ilmu berkenaan, menyebabkan pelaku melanggar peraturan secara berleluasa. Kita bimbang mereka mengambil peluang dengan memanipulasikan kemurahan hati rakyat Malaysia.

“Perkara ini perlu dihentikan dan bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memainkan peranan penting untuk menguatkuasakan peraturan itu.

“Seksyen 84(5) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) secara jelas menyatakan kutipan khairat tanpa kebenaran menjadi kesalahan yang boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Dan Pelancaran Manual Prosedur Operasi Standard (SOP) Penguatkuasaan JAWI, di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Kamaldin Mohd Damin; Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Amran Mat Zain dan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Seramai 150 peserta hadir konvensyen itu termasuk pegawai penguat kuasa agama dari jabatan agama negeri, agensi penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan lain-lain.

Mohd Nai’m berkata, kepentingan SOP masih boleh digunakan walaupun penguat kuasa menukar jabatan pada masa akan datang.

“Bermula daripada maklumat awal yang diberikan sehingga pelaku dibawa ke Mahkamah Syariah untuk didakwa, semuanya ada dalam manual ini. Ia memudahkan pegawai yang bertugas di JAWI membuat rujukan,” katanya.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia