
PAS hari ini cuba tampil sebagai jaguh agama dan ‘penjaga akidah’ apabila menyerang kerajaan Selangor kononnya gagal mengurus isu penternakan babi.
Retorik ini sengaja dimainkan untuk membakar sentimen umat Islam, walhal rekod sejarah mereka sendiri mendedahkan wajah sebenar politik Pas: politik dua muka, hukum ikut musim dan kuasa.
Gambar dan laporan lama Malaysiakini ini membongkar fakta yang tidak boleh dipadam oleh Pas.
Pada tahun 2001, ketika Pas memerintah Terengganu, Abdul Hadi Awang sendiri mengumumkan penarikan balik larangan penternakan khinzir yang diperkenalkan sejak zaman Barisan Nasional. Alasannya jelas dan direkodkan media:
“Penternakan khinzir merupakan hak orang bukan Islam.”
Ini bukan kata musuh Pas. Ini kata Presiden Pas sendiri.
Soalan mudah kepada Pas hari ini:
Jika penternakan khinzir adalah hak bukan Islam di Terengganu ketika Pas memerintah,
mengapa di Selangor ia tiba-tiba dianggap isu agama, ancaman Islam dan kegagalan pentadbiran?
Jawapannya mudah: Pas tidak konsisten dengan prinsip, hanya konsisten dengan kepentingan politik.
Isu Selangor: Lesen, kawalan & lesihatan awam, bukan sentimen agama
Kerajaan Selangor tidak pernah ‘menggalakkan’ penternakan babi secara bebas. Yang berlaku ialah:
Pengurusan lesen sedia ada
Kawalan pencemaran
Penstrukturan ladang ke zon sesuai
Perlindungan kesihatan awam dan alam sekitar
Ini adalah tanggungjawab kerajaan, bukan isu akidah.
Namun Pas sengaja memesongkan fakta:
Mereka tidak bercakap soal kawalan,
Tidak bercakap soal undang-undang tempatan,
Tidak bercakap soal hak masyarakat bukan Islam yang dilindungi Perlembagaan.
Sebaliknya, mereka memilih politik ketakutan dan kebencian.
Standard berganda Pas: Bila memerintah vs bila pembangkang
Pas memerintah Terengganu (2001)
Penternakan khinzir dibenarkan, atas nama hak bukan Islam
Pas pembangkang di Selangor
Penternakan khinzir dijadikan senjata politik & agama
Inilah wajah sebenar Pas:
Agama dijadikan alat,
Hukum berubah ikut negeri,
Fatwa politik lebih kuat daripada prinsip.
Pas bukan pertahankan Islam, Pas pertahankan kuasa
Isu ini membuktikan satu perkara penting kepada rakyat
Pas tidak menyerang Selangor kerana prinsip Islam, tetapi kerana Selangor bukan milik mereka.
Jika Pas benar-benar ikhlas:
Mereka tidak akan menafikan rekod sendiri
Mereka tidak akan memanipulasi sentimen umat
Mereka tidak akan menjadikan isu lama yang pernah mereka benarkan sebagai dosa orang lain
Rakyat Selangor dan rakyat Malaysia semakin celik.
Politik munafik tidak boleh bertahan lama.



