Mohd Azmawi calon tepat rampas kerusi Nenggiri

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang bakal bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan, berupaya merampas kembali kerusi itu.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, Mohd Azmawi Fikri yang juga calon anak tempatan, telah lama berkhidmat di situ serta wajar dipilih untuk mewakili kawasan berkenaan.

“Ini semua mengenai (DUN) Nenggiri. Kita mahu memilih fasilitator menjaga kawasan, wakil tempatan… dan beliau adalah calon paling awal diumumkan, sedangkan mereka (pihak lawan) masih ‘struggle’ (bergelut).

“Kawasan itu terdiri dari kampung tradisi bersama peneroka, selain kira-kira 2,500 Orang Asli.

“Banyak isu mengenai rakyat dan pembangunan kawasan yang perlu diberikan perhatian,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, petang semalam.

Md Alwi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, dengan kerja keras dan usaha padu semua pihak, beliau percaya ia dapat memberi kemenangan kepada BN untuk merampas semula kerusi DUN berkenaan.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos depan, manakala 17 Ogos pula hari pengundian.

Related Posts

PH Sabah bermesyuarat pada Ahad, persetujuan bersama jadi keutamaan – Mustapha

KOTA KINABALU – PH Sabah akan mengadakan mesyuarat penting pada esok petang Ahad, bagi membincangkan penstrukturan semula kepimpinan tertinggi gabungan itu serta hala tuju baharu menjelang fasa politik seterusnya. Ia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Noh Omar letak jawatan, kecewa keputusan tidak dihormati

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Tan Sri Noh Omar, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan rasa kecewa terhadap tindakan Lembaga Disiplin parti yang didakwa tidak menghormati keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

  • By Fandi
  • February 14, 2026
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang